Monday, 28 November 2016

Karangan: GURU IDOLAKU (Murid Tingkatan 2)

SMJK SIN MIN ,SUNGAI PETANI 
Lim Jo Ning 
      Guruku,penuhi hatiku dengan cahayamu,penuhi dadaku dengan semangatmu.Beliaulah guru yang saya hormati,Cikgu Hong. Cikgu Hong mempunyai pengalaman mengajar yang bertahun-tahun dalam bidang matematik . Saya suka akan beliau sebab beliau seorang yang lemah lembut dan bersifat keibuan. Belaiu juga suka memberikan nasihat kepada saya dan rakan-rakan dalam kelas.Beliau berbahasa lucu apabila mengajar. Beliau juga bersikap serius jika murid tidak berdisiplin.
      Beliau guru idola saya kerana beliau seorang yang bertanggungjawab.Cikgu Hong mengambil berat hal ehwal murid-muridnya serta urusan pelajaran.Beliau juga ambil berat terhadap skor ujian yang kami dapat.Cikgu Hong akan memantau hasil pembelajaran bersama dengan murid demi mencapai pencapaian yang lebih cemerlang .Guru dan waris berperanan penting terhadap masa depan anak-anak.Beliau selalu berkomuinikasi baik dengan waris muridnya.
      Selain itu, Cikgu Hong seorang yang penyayang.Cikgu Hong tidak bersifat pilih kasih.Beliau menyayangi muridnya bagaikan menatang minyak yang penuh. Beliau agak tegas tentang disiplin pelajar-pelajarnya tetapi masih boleh bertolak ansur dan membimbing  pelaja-pelajarnya yang bermasalah. Cikgu Hong juga seorang pendengar yang sabar.Beliau sanggup  mendengar masalah murid dan sanggup membantu.Beliau juga menerima dan mendengar pandangan murid yang berlainan dengan penuh teliti.
      Di samping itu, Cikgu Hong seorang insan yang  berwawasan luas dan mempunyai cita-cita yang mulia.Beliau sentiasa menjampaikan pengajaran dengan kegembiraan .Beliau selalu memastikan anak murid memahami isi pengajarannya.Beliau mengajar dengan penuh kreatif dan inovatif.Ini menyebabkan pelajar menghargai dan sentiasa mengenang cara penyampaiaan beliau.
       Akhir sekali,nilai rasional ialah satu nilai terpuji yang dapat saya belajar daripadanya.Beliau bersifat tidak panas baran.Sifatnya sering menjadi tempat rujukan murid-murid.Cikgu Hong mahu pelajar-pelajarnya bersikap positif dan bersedia menghadapi cabaran hidup dari semasa ke semasa.Beliau sanggup berkorban masa dan tenaga dengan mengadakan kelas tambahan untuk murid yang lemah secara sukarela.

      Bak kata pepatah,‘hutang emas dapat dibayar,hutang budi dibawa mati’.Saya berjanji untuk berusaha gigih supaya tidak mengecewakan harapan guru terhadap saya. Demi semangat yang beliau tanamkan pada dadaku,demi cita – cita yang kupahat di hatiku,demi harapan yang mengasuhku, demi merealisasikan aspirasi beliau.Saya hendak belajar rajin-rajin dan menjadi seorang modal insan yang cemerlang dan terbilang.

ESEI YANG TELAH DIPERTANDINGAN DAN MENDAPAT TEMPAT SAGUHATI 
KATEGORI MENENGAH RENDAH PERADUAN MENULIS ESEI GURU IDOLAKU
ANJURAN BERSAMA PPD KUALA MUDA/YAN ,ANEKA JERAI PLAZA GURUN & KEDAI BUKU HASANI.2014

No comments:

Post a Comment